TERMA & SYARAT

Dengan menggunakan informasi, produk atau perkhidmatan yang disediakan di halaman web 1XOX.net (selepas ini disebut sebagai PEMILIK WEB) anda memperakui & mengesahkan bahawa Pemilik Web mempunyai hak sepenuhnya untuk mengemaskini sebarang informasi yang terdapat di halaman web ini tanpa sebarang notis pemberitahuan. Anda juga memperakui akan mengikuti semua terma & syarat yang ditetapkan oleh Pemilik Web dan Pihak Pembekal pihak ke tiga.

Anda pengguna Pemilik Web adalah tertakluk kepada terma & syarat kami & wajib memperakui bahawa segala terma & syarat berserta istilah yang dinyatakan di sini boleh diubah oleh Pemilik Web dari semasa ke semasa tanpa terlebih dahulu memberi notis.

Penggunaan anda di halaman Pemilik Web merupakan persetujuan anda dari semua segi berkuat kuasa pada masa seperti yang dinyatakan di sini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma berikut, anda tidak perlu menggunakan perkhidmatan Pemilik Web.

 

TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN

  1. Semua cap dagangan yang disiarkan di halaman web ini adalah hakmilik mutlak pemilik masing-masing.
  2. Gambar yang pamerkan di halaman web ini adalah untuk tujuan illustrasi sahaja.
  3. Jumlah pendapatan yang dipamerkan bertujuan sebagai illustrasi sahaja.
  4. Segala potensi pendapatan adalah subjektif dan bergantung kepada usaha masing-masing.
  5. Pemilik Web tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang ditanggung.
  6. Bonus-bonus yang ditawarkan di halaman pemilik web adalah disponsor oleh syarikat Pakar Niaga.
  7. Sebarang kerugian, liabiliti, kehilangan nyawa tidak ditanggung oleh Pemilik Web dan syarikat Pakar Niaga.
  8. Dengan menggunakan perkhidmatan ini anda tertakluk kepada polisi privasi yang telah ditetapkan.
  9. Perkhidmatan Prabayar ONEXOX ini tertakluk kepada Terma & Syarat yang boleh diperoleh di http://www.xox.com.my/terms-and-conditions/
  10. Pemilik Web adalah 'Area Distributor' untuk syarikat ONE XOX Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai PIHAK PEMBEKAL). Sebarang masalah melibatkan produk atau perkhidmatan perlu dirujuk kepada Pihak Pembekal.
  11. Dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan Pihak Pembekal anda bersetuju dengan semua terma & syarat yang ditetapkan oleh Pihak Pembekal.

 

ONEXOX - Inovasi Prabayar Tanpa Caj Tersembunyi!
Prepaid Jimat, Income Pasif
Prabayar Terlajak Murah

Hakcipta Terpelihara © 2014 - 2017 - 1XOX.net